Menangani Masalah Pembuangan Bayi
Walaupun Malaysia telah menuju ke alaf baru iaitu berorentasikan sains dan teknologi maklumat namun masalah sosial di negara ini semakin meningkat. Saban hari di dada-dada akhbar terdapat sahaja kes pembuangan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang dan lain-lain tempat lagi. Perbuatan ini menunjukan manusia sekarang ini tidak mempunyai keperimanusian dan hanyut dengan keseronokan dunia semata-mata. Mereka yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini bukan sahaja tidak mempunyai akal fikiran namun lebih darsyat lagi daripada haiwan. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memandang serius masalah ini supaya masalah pembuangan bayi dapat dikurangkan di negara kita.
Bagi menangani masalah pembungan bayi ini, pelbagai pihak harus memainkan peranan penting, antaranya ialah pihak berkuasa dan badan NGO, peranan ibu bapa, serta peranan media massa. Dalam mengejar era pembangunan dan teknologi yang semakin pesat dan membangun ini, peranan pihak berkuasa dan NGO amat penting bagi menangani kemelut pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutamanya pihak polis hendaklah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan masyarakat terutamanya golongan remaja. Hal ini kerana, remaja mempunyai sifat ingin memcuba. Selain itu juga, pihak berkuasa juga haruslah mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah iaitu hukuman penjara contohnya. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan mereka daripada hanyut dalam dunia sendiri. Bagi badan-badan Ngo pula, peranan yang harus dimainkan ialah mengadakan program peringkat awal pendidikan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Ini kerana pendidikan awal penting bagi menyedarkan masyarakat terutamanya remaja dengan maklumat yang tepat supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang melibatkan jenayah.
Selain itu juga ibubapa memainkan peranan penting iaitu dalam memdidik anak-anak mereka menjadi seorang insan yang bermoral dan bebas daripada gejala sosial. Didikan agama yang sempurna juga harus diterapkan dalam hati seorang insan itu supaya tidak hanyut kelembah maksiat. Ibubapa juga harus mengawasi pergaulan anak-anak mereka supaya tidak terjebak kepada perkara-perkara yang tidak diingini. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan yang melampau yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita yang mengandungi adegen-adegen seks.
Jika seseorang remaja itu telah terjebak dalam masalah ini, badan-badan NGO seperti KEWAJA contohnya harus memainkan peranan penting agar bayi yang tidak berdosa ini terus hidup. Hal ini kerana mereka juga makluk ALLAH yang bernyawa. Pihak ini harus memberi perlindungan kepada wanita-wanita yang terlanjur dan mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik agar mereka tidak lagi mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.
Menurut statistik dalam kajian yang telah dilakukan, di negara ini menunjukan sebanyak 27 peratus daripada remaja kita hari ini melakukan hubungan seks luar nikah. Sepanjang tempoh 2 tahun sehingga 2006. JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai. Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes pembungan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara pula, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah tarah bermula dari tahun 2000 sehingga Julai 2008.
Rujukan:
Rujukan: