Monday, August 2, 2010

Bagaimanakah kefungsian sosial individu dapat membantu menyelesaikan masalah.


KEFUNGSIAN SOSIAL

Kefungsian sosial bermaksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya. Hal ini akan mengakibatkan hasilnya terhadap orang lain. Fungsi bermaksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan terhadap sesuatu sistem itu berlaku. Definisi kefungsian sosial pula ialah sebagai sesuatu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara komponen pengalaman sosial dalam  kehidupan seharian.
Kefungsian sosial juga memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap aspek kehidupan manusia. Malah, tanpa kefungsian sosial ini akan mengakibatkan manusia akan menjadi huru-hara dan akan boleh mengakibatkan bencana dalam kehidupan manusia itu sendiri. Dengan kefungsian sosial juga, kita dapat melihat bagaimana sesuatu proses sosialisasi itu memberi impak terhadap persekitannya. Komponen-komponen utama yang wajib dalam ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian sosial itu adalah status sosial, rol sosial, kelompok sosial, dan institusi sosial.
Kehidupan bersosial akan melahirkan masyarakat yang stabil, mantap, mempunyai tingkahlaku tertentu dan boleh dijangka. Kefungsian sosial individu dapat menyelesaikan masalah seseorang individu tersebut. Contohnya seorang remaja iaitu seorang pelajar tingkatan lima yang terpaksa bekerja sambilan bagi menampung kehidupan keluarganya. Dia terpaksa membahagikan masa bekerja, masa bersama keluarganya dan kawan-kawan serta masanya untuk mengulangkaji mata pelajaran. Pelajar tersebut terpaksa membahagikan masa dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi kefungsian sosialnya. Sesungguhnya kefungsian sosial ini akan memberi impak serta kesan dalam diri serta  kehidupan pelajar tersebut. Oleh itu, ciri kefungsian sosial yang teratur dan berstuktur berpandukan kepada pelajar itu sendiri untuk mengatur kehidupannya supaya berjalan dengan sebaik mungkin.


Rujukan: 


 
  Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.



No comments:

Post a Comment