Wednesday, August 11, 2010

Teori Pendekatan Penyelesaian Masalah

Teori berkaitan praktis kerja sosial dengan individu dan keluarga telah bermula sejak bertahun-tahun lamanya. Teori atau model baru boleh terhasil daripada pengalaman kerja dalam pelbagai institusi yang berbeza. Walaupun berbeza dari segi penggunaan model yang telah dipilih iaitu berdasarkan kecenderungan masing-masing. Salah satu daripada teori berkaitan praktis kerja ialah Teori Pendekatan Penyelesaian Masalah.
Teori Pendekatan Penyelesaian Masalah ialah pendekatan yang telah dibangunkan oleh Perlman (1959). Teori ini telah digunakan terhadap individu dan keluarga. Menurut Perlman, intervensi yang baik berasaskan motivasi, kemampuan dan peluang dalam kehidupan klien untuk melakukan sesuatu perubahan dam diri individu tersebut. Pendekatan ini akan meningkatkan lagi sistem kehidupan klien agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik. Pendekatan ini juga memerlukan klien melakukan sesuatu yang lebih daripada mengenal pasti dan bercerita tentang masalah yang mereka hadapi iaitu melakukan tindakan untuk bergerak ke hadapan dalam menghadapi masalah yang timbul. Secara amnya, pendekatan ini mengatakan bahawa tanpa motivasi, klien tidak akan maju dan berada pada tahap yang lama.
Oleh itu, pekerja sosial mesti menyediakan dorongan kepada klien seperti memberi semangat kepada kliennya dan galakan untuk menghadapi masalah dan dapat mengatasi masalah yang wujud. Klien tersebut haruslah mempunyai kemampuan dalam membuat perubahan supaya ianya lebih menjadi baik.  Sebagai contohnya, apabila seorang ketua keluarga disahkan menghidap penyakit  kanser dan tempoh hidup hanya tinggal beberapa bulan. Oleh itu, pekerja sosial boleh mencadangkan agar dia bersabar, dalam masa yang sama klien perlu menjalani rawatan kimoterapi agar kesihatannya lebih terjamin. Sokongan sosial daripada pekerja sosial, keluarga terdekat dan teman-teman amat diperlukan. Peluang merujuk kepada peluang yang ada  dalam persekitaran klien tersebut, Sebagai contoh, kos perbelanjaan rawatan kimoterapi yang memerlukan peruntukan wang  berjumlah besar, menyebabkan klien itu sukar untuk mendapatkan rawatan tersebut memandangkan ekonomi keluarganya yang tidak stabil.


Rujukan : Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

No comments:

Post a Comment